Friday, September 21, 2007

Karnival Ibadah

Tuesday, September 18, 2007

Tazkirah Ramadhan

Monday, September 17, 2007



Jemputan Berbuka Puasa

Batu Pahat, 14 Sept. 2007:- Satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh Bank Muamalat, Batu Pahat. Majlis ini turut menjemput seramai 17 orang pelajar sekolah ini yang kurang bernasib baik ke majlis tersebut. Antara atur cara majlis tersebut ialah jamuan, penyampaian bungkusan raya berupa makanan dan alat tulis, peyampaian duit raya dan solat Tarawih. Majlis ini diharapkan mengubat hati anak-anak SMAPR yang kurang bernasib baik dalam menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.



Mesyuarat Agung Koperasi

SMAPR, 11 Sept. 2007:- Mesyuarat Agung Tahunan ke 5, Koperasi SMA PT Raja Berhad, telah diadakan dengan jayanya di Dewan Darul Hana. Pihak Koperasi pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007 telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM 24, 698.02. Disamping itu juga berlaku sedikit perubahan dalam Ahli Lembaga PengarahKoperasi menyaksikan iaitu En. Khairul Anuar Khair dilantik sebagai Naib Pengerusi, Pn. Maizara bt. Md. Saidi sebagai setiausaha dan perlantikan 2 AJK baharu iaitu Pn. Nur Aflaha Tamrinan dan Pn. Hjh. Suriyani Masim. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Kamin Jumiran, Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Pembangunan Koperasi Batu Pahat.

Tuesday, September 04, 2007





Malam Aspresiasi Merdeka

30 Ogos 2007, Sempena Sambutan Kemerdekaan Negara ke 50, Malam Apresiasi Kemerdekaan telah dijalankan dan di sambut meriah oleh warga SMAPR . Antara atur cara program pada malam tersebut ialah solat Maghrib, bacaan surah Yasin & tahlil, solat Isyak, lakonan, persembahan pantun, sajak, syair, ‘slaid show’ dan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam beberapa pertandingan sempena bulan kemerdekaan ini. Acara diakhiri dengan pelepasan ‘Belon Merdeka’ simbolik kepada kebebasan negara daripada belenggu penjajahan oleh Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd. Khudzairi b. Abd. Jabar.


Pertandingan Kawat Sempena Merdeka

29 Ogos 2007, Satu Pertandingan Kawat Kaki Berformasi telah dijalankan sempena Sambutan Kemerdekaan Negara ke 50. Acara tersebut telah berlangsung di dataran perhimpunan SMAPR. Pada pertandingan kali ini pasukan Puteri Islam telah muncul sebagai juara.





Selamat Pengantin Baharu

5 Ogos 2007, Tidak terlambat dirasakan untuk mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baharu’ kepada Pembantu Tadbir SMAPR iaitu Pn. Norziah bt. A. Samad dengan pasangannya iaitu Mohd. Tasyrif Zamanee b. Ibrahim. Seluruh warga SMAPR mendoakan agar beliau bahagia hingga akhir hayat bersama pasangannya.