Tuesday, July 24, 2007






Majlis Penutupan Rasmi Minggu Syariah dan Kesedaran Bahasa

SMA Parit Raja, 18 Julai 2007,: Majlis Penutupan Minggu Syariah dan Kesedaran Bahasa telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua SMAPR, bersempena perhimpunan unit beruniform hari ini. Program tersebut berobjektifkan melatih pelajar memperbaiki penguasaan bahasa Arab dan Inggeris serta mewujudkan persekitaran Arab di sekolah dan di asrama. Di samping itu juga program ini melatih para pelajar berkomunikasi dengan guru menggunakan bahasa Arab dan Inggeris. Program ini juga bertujuan mendekatkan diri para pelajar kepada Allah. Antara tentatif yang telah dilaksanakan sepanjang program ini ialah sejam bersama bahasa Arab, Qiamullail, Explorace, dan Halakah gabungan. Pada ucapan perasmian penutup majlis ini, Tn. Pengetua Mengharapkan agar program sebegini dapat diteruskan dari masa ke masa, justeru, hari pada Selasa para pelajar dikehendaki berkomunikasi menggunakan bahasa Arab manakala pada hari Khamis para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris.



Penggambaran di SMAPR

SMA Parit Raja, 17 Julai 2007: Sekolah telah dikunjungi oleh Ustaz Shahrin Jamaludin dan En. Islahudin dari Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor. Kehadiran mereka bersama-sama unit penggambarannya bertujuan untuk membuat penggambaran bagi program Thijarah Ramadhan. Program terbitan bersama Johor Copration yang akan disiarkan di TV1 pada bulan Ramadan ini bertujuan mendedahkan tentang sistem pendidikan agama negeri Johor, sama ada yang ditadbir terus Majlis Agama Islam Johor dan sekolah agama rakyat.

Wednesday, July 11, 2007





Pelancaran Program Sambutan Kemerdekaan ke 50, SMAPR

SMA Parit Raja, 9 Julai 2007, Pelancaran Program Sambutan Kemerdekaan ke 50 tahun telah dilancarkan pada hari ini oleh Tn. Pengetua SMAPR, Tn. Hj. Mohd. Khudzairi b. Abd. Jabar. Simbolik pelancaran program ini ialah penanaman 5o batang pokok yang didahului oleh Tn. Pengetua diikuti dengan Penolong Kanan 1, Ustaz Muhammad b. Othman, Penolong Kanan 2 (HEM) Ustaz Muhammad Abd. Samat b. Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Khairul Anuar b. Khair, guru-guru dan para pelajar. Antara acara yang akan dilangsungkan sepanjang, progam ini berlangsung ialah Pertandingan Menulis Esei Kemerdekaan, Pertandingan Mencipta ‘Slaid Show’ Bertemakan Kemerdekaan, Pertandingan Khat, Pertandingan Menulis Puisi, Mencipta Jalur Gemilang Gergasi, Pertandingan Keceriaan Kelas, Pertandingan Mencipta Kain Rentang, Peratndingan Kawad Kaki, dan Malam Kemuncak Kemerdekaan.




Selamat Pengantin Baharu

Felda Sungai Sibol, 7 Julai 2007, Warga SMAPR mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada Ustazah Sapinah bt. Kamsin dengan pasangannya Ustaz Osman yang telah melangsungkan Majlis Pernikahan mereka pada hari ini. Sementara itu dalam majlis meraikan pengantin pada 8 Julai 2007 pula, Kumpulan Nasyid Sa'utul Iqram SMAPR, turut mempersembahkan 5 buah lagu dalam majlis tersebut. SMAPR mendokan agar Ustazah Sapinah dan pasangannya terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Hari Terbuka SMAPR

Parit Raja, 5 Julai 2007, Majlis Hari Terbuka pada hari ini diadakan sejurus mesyuarat Agung PIBG SMAPR selesai. Majlis yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari ini berakhir pada pukul 2.00 petang. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas komitmen ibu bapa yang sudi hadir pada hari tersebut mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing, serta berbincang tentang permasalahan anak-anak mereka.




Mesyuarat Agung PIBG SMAPR ke-3

SMA Parit Raja, 5 Julai 2007, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMAPR hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 3, 2007, yang telah dirasmikan oleh Ketua kampung Parit Raja, Tn. Hj. Sulaiman b. Abd. Majid. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap agar ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka terhindar daripada gejala sosial yang hebat melanda dewasa ini. Beliau juga mengharapkan ibu bapa dapat menghargai jasa guru yang telah mendidik anak-anak mereka. Mesyuarat pada kali ini juga bersetuju menyokong semua usul yang dikemukakan. Mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi itu berakhir jam 12.15 tengah hari dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga melebihi 90%.

SMAPR Terima Van Baharu

SMA Parit Raja, 4 Julai 2007, Hari ini Seluruh warga SMAPR melahirkan rasa kesyukuran terhadap Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia Nya pihak sekolah menerima sumbangan sebuah van untuk kegunaan warga SMAPR. Seluruh Warga SMAPR mengucapkkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Syukri b. Hj. Abdullah, yang sudi menyumbangkan van tersebut. Sumbangan tersebut secara tidak langsung dapat menggantikan van sekolah yang sebelum ini terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat digunakan lagi. Dalam ucapan beliau, Ustaz Ahmad Syukri melahirkan rasa terharu dan terkejut dengan sambutan yang diterimanya kerana beliau tidak menyangka akan disambut sedemikian rupa. Hal ini kerana kehadiran beliau pada hari ini hanya bertujuan menyerahkan van semata-mata dan tidak berharsat menghebahkan perkara tersebut. Dalam ucapannya juga beliau menyatakan akan membiayai pembaharuan cukai jalan van tersebut selagi ada hayat beliau. Semoga sumbangan dan bakti beliau akan dicontohi oleh semua pihak. Terima kasih Ustaz...

Pelancaran Program Anti Dadah

SMA Parit Raja, 4 Julai 2007, Satu Program Anti dadah telah dilancarkan oleh Pengetua SMAPR Tn. Hj. Mohd Khudzairi Abd. Jabar. Program ini adalah bersempena dengan Hari Anti Dadah Sedunia. Antara pengisian program tersebut ialah ikrar pelajar, ceramah anti dadah, sketsa dan simbolik pembakaran najis dadah. Tn. Pengetua berharap supaya para pelajar dapat menghindarkan diri dari najis dadah kerana dadah musuh utama negara dan umat.