Tuesday, April 29, 2008



12 APRIL, SMAPR- Sekolah telah mengadakan satu majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh Tn Hj Nasir Wahit selaku Pegawai Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan oleh wakil sekolah Tn Hj Muhammad Othman,disusuli ucapan yang diraikan Tn Hj Mohd Khudzairi Abd Jabar. Majlis disajikan lagi dengan alunan nasyid daripada kumpulan nasyid putera. Pada pukul 10.30pagi majlis penyampaian anugerah kecemerlangan 2007 seramai 66 pelajar darjah khas,19 pelajar daripada bidang kokurikulum dan 68 pelajar daripada bidang kurikulum telah menaiki pentas untuk mengambil piala dan sijil penghargaan. Majlis penutup diserikan dengan nyanyian lagu sekolah dan perarakan kereta berhias yang membawa matan Pengetua SMAPR iaitu Tn Hj Khudzairi Abd Jabar yang telah berkhidmat dengan baiknya selama 7 tahun di sekolah ini.

Wednesday, April 09, 2008

Ihtifal Sukan Negeri, SMAPR ke 3

KLUANG, 28 Mac 2008:- Kontinjen SMAPR telah dihantar ke Sek Men Agama Kerajaan Johor bagi menyertai Ihtifal Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor kali ke-9. Ihtifal sukan ini bertujuan mencungkil potensi dan bakat para pelajar sekali gus menjalinkan ukhuwah silaturahim, cintakan sukan dan mendidik pelajar memanfaatkan masa lapang dengan kegiatan berfaedah. Atlet SMAPR telah berjaya merangkul 6 emas, 5 perak, dan 7 gangsa bagi acara yang telah dipertandingkan. Badminton beregu (Putera) telah menyumbangkan 1 pingat emas, di mana pada perlawanan separuh akhir, SMAPR menewaskan SMAKJ sebelum menewaskan Maahad Johor di perlawanan akhir. Acara pingpong pula telah menyumbang 5 emas sekali gus membawa pulang piala pusingan. Bagi acara bola jaring, bola tampar (Puteri) telah bertahan sehingga peringkat akhir dan akhirnya kecundang di tangan MJ dan SMAKJ. Keseluruhannya SMAPR telah mendapat tempat ketiga daripada 19 buah sekolah yang sertai. Tahniah kepada seluruh warga SMAPR yang telah bertungkus lumus siang dan malam untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum.

Laporan disediakan oleh ; Wartawan Syu'latul Kifah 2008