Monday, February 18, 2008

Selamat Pengantin Baharu

17 Feb. 2008, Kluang:- Warga SMAPR mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada PRA Saudara Nourulaswan b. Ses dan pasangannya Norafizah bt. Shafiee yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada hari ini. Majlis walimatulurus telah diadakan di Taman Sri Paya, Kluang. Warga SMAPR mendoakan agar pasangan ini terus berbahagia hingga akhir hayat.
Seminar Bahasa Melayu SPM 2008


16 Feb. 2008, Pusat Islam, JB:- Satu Seminar Bahasa Melayu SPM, telah diadakan di Dewan Besar Kompleks Islam. Seminar melibatkan lebih kurang 500 orang pelajar tingkatan 5 sekolah-sekolah menegah agama negeri Johor dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor. Turut terlibat ialah semua pelajar tingkatan 5 SMAPR. Seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan teknik menjawab soalan mata pelajaran bahasa Melayu SPM. Taklimat telah disampaikan oleh En. Abd. Rahman b. Ngah dan Pn. Saridah bt. Abd. Majid. Dalam ucapan penutupan rasmi Tn. Hj. Anoar Sarimin, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan, JAIJ, berharap agar para pelajar menggunakan peluang yang telah diberikan dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2008.

Tuesday, February 12, 2008

Rumah Kuning Juara

6 Feb. 2008, SMAPR;- Rumah Kuning muncul juara Ihtifal Sukan SMAPR 2008 dengan memungut 13 emas, 4 perak dan 6 gangsa. Rumah Hijau juara 3 tahun berturut-turut sebelum ini pula meraih tempat ke 2 dengan memungut 7 emas, 7 perak dan 4 gangsa. tempat ke 3 milik Rumah Merah dengan 5 emas, 5 perak dan 11 gangsa, manakala Rumah Biru berada di tangga terakhir dengan memungut 2 emas, 9 perak dan 5 gangsa. Upacara penutupan rasmi Ihtifal Sukan SMAPR 2008 kali ini telah dilaksanakan oleh Ustaz Muhammad b. Othman GPK 1. Warga SMAPR mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan berharap semoga kecemerlangan ini diteruskan pada ihtifal sukan negeri pula.

Tuesday, February 05, 2008

SMAPR Menerima 2 Guru Baharu

1 Feb. 2008, SMAPR:
Sekolah ini menerima 2 guru baharu bagi subjek akademik dan Arab. Guru baharu yang dimaksudkan ialah Pn. Norafidah bt. Abdul Majid dan Pn. Nur Hidayah bt. Ishak. Pn. Nurafidah akan mengajar subjek Sains, Matematik & Bahasa Inggeris merupakan lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari UTHM, manakala Pn. Nur Hidayah merupakan lulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar. Warga SMAPR mengucapkan selamat bertugas di sekolah ini.

Majlis Perpisahan Ustaz Yazid Bahrin.
22 Jan. 2008 – SMAPR. SMAPR kehilangan guru pakar bahasa Arab iaitu Ustaz Hj. Yazid b. Bahrin yang akan berpindah ke Maahad Pontian mulai 24 Januari ini. Majlis Perpisahan beliau telah diadakan pada hari ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa dan sumbangan beliau kepada warga SMAPR. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas sumbangan bakti dan curahan ilmu yang diberikan selama ini dan kami doakan agar beliau akan terus berjaya di tempat baharu.