
SMAPR telah menyertai program ihtifal ilmiah peringkat negeri di Sekolah Menengah Agama Tanwiriah.Program tersebut berlangsung pada hari Sabtu 4 April 2009.Banyak acara telah disertai oleh para pelajar,antaranya nasyid,forum,tilawah alquran,berzanji,syarahan bahas dan banyak acara lagi.Smapr telah memenangi beberapa acara iaitu johan acara bahas bahasa inggeris,nasyid putera dan puteri, acara forum pula telah mendapat naib johan dan beberapa kategori yang lain.Walaupun keputusan keseluruhan tidak memihak kepada Smapr,namun para pelajar masih tetap merasakan mereka masih mampu memberikan cabaran kepada sekolah-sekolah lain terutamanya SMAKJ.