10 Julai 2009-Smapr telah kehilangan seorang lagi warga pendidik yang berpengalaman dan berwibawa iaitu Cikgu Maizara bt Md. Saidi. Tempoh enam tahun berkhidmat sebagai tenaga pendidik di SMAPR pastinya meninggalkan jasa yang banyak. Semoga segala jasa yang telah dicurahkan akan menjadi saham yang sangat besar disisi rabbul izzah. Seluruh warga Smapr berdoa agar cikgu Maizara bertambah cemerlang dimana pun berada dan doakanlah kami disini agar terus berjaya dalam mengejar ukhrawi dan duniawi.
Monday, July 13, 2009
Thursday, July 09, 2009
Asahan Melaka-26-28 jun warga Smapr telah mengadakan perkhemahan perdana ke Asahan Melaka.Penyertaan guru dan pelajar seramai 116 orang menceriakan lagi program tersebut.Banyak aktiviti yang telah diadakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar agar terbina jati diri dalam diri mereka.Program ini telah diadakan selama tiga hari dua malam dan berakhir pada hari ahad.Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad bin othman Guru penolong kanan satu S.M.A. Parit Raja.
Subscribe to:
Posts (Atom)