Tuesday, April 21, 2009

SELAMAT BERJUANG :(


Seorang lagi srikandi SMAPR telah meninggalkan SMAPR dan meneruskan tugasan ke SMK Seri Kukup, Pontian. Beliau yang dimaksudkan ialah cikgu NurAflaha Binti Tamrinan. Warga SMAPR sangat kehilangan guru yang berpengalaman seperti cikgu NurAflaha. Walaubagaimanapun, seluruh warga SMAPR mendoakan agar beliau dimudahkan urusan dalam apa jua perkara. Warga SMAPR juga mengharapkan agar cikgu Aflaha dapat mendoakan warga SMAPR terus cemerlang dimasa akan datang. Selamat bertugas.

Thursday, April 16, 2009

Penyertaan bolasepak SMAPR ke MSSD

SMAPR telah menyertai pertandingan bolasepak MSSD Daerah batu pahat pada hari selasa sehingga hari khamis bersamaan 14 hingga 16 September 2009.Walaupun penyertaan ini penyertaan SMAPR kali pertama namun cabaran ini disahut dengan penuh bersemangat oleh para pemain.Perlawanan SMAPR menentang Sekolah Menengah Dato' menteri pada awal persaingan,SMAPR telah tewas dengan keputusan 1 berbalas 2.Perlawanan diteruskan dengan SMAPR menentang Sekolah cina,keputusannya SMAPR telah berjaya meraih kemenengan dengan 1 berbalas 0,pada hari rabu petang SMAPR telah bertemu Sekolah Menengah Dato' Sulaiman,dan tewas sekali lagi dengan 1 berbalas 2.Kelayakkan untuk ke peringkat suku akhir berakhir apabila pada hari khamis SMAPR tewas di tangan Sekolah Menengah Mahmod Iskandar dengan keputusan 1 berbalas 2.Menurut pegawai bolasepak SMAPR,En Muhamad Abdul Samat Bin Hashim,kekalahan ini merupakan titik kebangkitan dimasa akan datang.SMAPR akan cuba untuk memenangi acara bolasepak ini dimasa akan datang inshaAllah.Selamat maju jaya SMAPR

Tuesday, April 07, 2009

TAHNIAH!!! IHTIFAL ILMIAH




SMAPR telah menyertai program ihtifal ilmiah peringkat negeri di Sekolah Menengah Agama Tanwiriah.Program tersebut berlangsung pada hari Sabtu 4 April 2009.Banyak acara telah disertai oleh para pelajar,antaranya nasyid,forum,tilawah alquran,berzanji,syarahan bahas dan banyak acara lagi.Smapr telah memenangi beberapa acara iaitu johan acara bahas bahasa inggeris,nasyid putera dan puteri, acara forum pula telah mendapat naib johan dan beberapa kategori yang lain.Walaupun keputusan keseluruhan tidak memihak kepada Smapr,namun para pelajar masih tetap merasakan mereka masih mampu memberikan cabaran kepada sekolah-sekolah lain terutamanya SMAKJ.