Friday, March 30, 2007

IHTIFAL SUKAN NEGERI

Muar, 23 MAC 2007-Ihtifal Sukan Peringkat Negeri telah diadakan di Sek. Men. Agama Lughatul Quran, Kesang Tasek, Muar. Ihtifal Sukan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini telah disertai Sek. Men. Agama Parit Raja yang telah menghantar atlet seramai 81 orang termasuk 12 orang guru pengiring. Kontinjen Sek. Men. Agama Parit Raja mendapat tempat ketiga dari 19 buah sekolah-sekolah agama Johor yang bertanding. Kontinjen Sek. Men. Agama Parit Raja telah menghantar wakil bagi setiap acara yang di pertandingan. Seramai 53 atlet berjaya mendapat tempat dalam acara yang diwakili. Buat julung kalinya Skuad Bola Sepak Parit Raja memecah kebuntuan selama 6 tahun dengan mendapat tempat pertama. Mereka mengalahkan gergasi bola sepak Johor, Maahad Johor. Pingpong mendapat tempat ke-3 perseorangan bawah 20,bola tampar putera tempat ke-4,badminton tempat ke-2 beregu bawah 20, takraw tempat ke-2 bawah 15,bola jaring tempat ke-2.Acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif MAIJ Dato Hj Zalil Bin Baron.

Monday, March 12, 2007

KEPUTUSAN SPM HARI INI.

Parit Raja- 12 Mac 2007, seramai 54 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 mengambil keputusan peperiksaan masing-masing hari ini.

Mohd. Azrul b. Rosli diumumkan sebagai pelajar terbaik sekolah ini dengan memperoleh 10A dan 1 B (6 A1, 4 A2, dan 1 4B). Pelajar lain yang turut cemerlang ialah Abdul Hadi b. Md. Rusdi memperoleh 7A, Muhammad Farhan b. Abd. Aziz memperoleh 7A, Shahril Ariffin b. Abdillah (7A), Syed Nasiruddin b. Syed Othman (6A) dan Mohd Khabir b. Mohd Yasin (6A).

Sekolah juga mencatat peratus lulus 100 peratus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tassawwur Islam, Pendidikan Al-Quran Sunnah dan Pendidikan syariah Islamiah. Manakala mata pelajaran Matematik Tambahan mencatat 68.52 peratus dan Prinsip Akaun 88.89 Peratus.

* Gambar: Para pelajar berdebar menanti keputusan SPM diumumkan.

Saturday, March 03, 2007

SMAPR,14 FEB- Satu majlis penyampaian hadiah sempena Ihtifal Ilmiah telah disempurnakan di dataran Sekolah Menengah Agama Parit Raja. Ihtifal ilmiah peringkat sekolah kali ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu dari 12 hingga 13 Februari 2007. Kesemua 4 rumah pasukan telah menghantar wakil masing-masing dalam acara yang dipertandingkan, antaranya ialah tilawah Al-Quran, hafazan al-Quran, tafsir al-Quran,berzanji, syarahan bahasa Melayu,syarahan bahasa Inggeris, syarahan bahasa Arab, Khutbah dan azan,seni tulisan khat, Sahibba, dan catur. Acara terbuka juga dipertandingkan seperti forum,bahas bahasa Melayu,bahas bahasa Inggeris,bahas bahasa Arab, nasyid dan tamsiliah. Piala pusingan telah menjadi milik rumah Merah Kerana berjaya mempertahankan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut. Rumah Merah berjaya merangkul sebanyak 5 Emas,10 perak dan 6 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 21.Tempat kedua disandang oleh rumah Biru dengan memperoleh 4 emas, 6 perak dan 7 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 17.Tempat ketiga jatuh kepada rumah Hijau dan diikuti dengan rumah Kuning. Rumah Merah berjaya merangkul 3 piala pusingan bagi 3 acara iaitu syarahan bahasa Melayu putera dan puteri, tilawah al-Quran putera dan puteri serta berzanji putera dan puteri. Kesemua piala pusingan disampaikan oleh Tuan Pengetua Sek. Men. Agama Parit Raja, Ustaz Haji Mohd Khudzairi Bin Abdul Jabar diiringi oleh Ustaz Aminuddin Bin Mastor selaku guru penyelaras ihtifal ilmiah 2007.