Saturday, March 03, 2007

SMAPR,14 FEB- Satu majlis penyampaian hadiah sempena Ihtifal Ilmiah telah disempurnakan di dataran Sekolah Menengah Agama Parit Raja. Ihtifal ilmiah peringkat sekolah kali ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu dari 12 hingga 13 Februari 2007. Kesemua 4 rumah pasukan telah menghantar wakil masing-masing dalam acara yang dipertandingkan, antaranya ialah tilawah Al-Quran, hafazan al-Quran, tafsir al-Quran,berzanji, syarahan bahasa Melayu,syarahan bahasa Inggeris, syarahan bahasa Arab, Khutbah dan azan,seni tulisan khat, Sahibba, dan catur. Acara terbuka juga dipertandingkan seperti forum,bahas bahasa Melayu,bahas bahasa Inggeris,bahas bahasa Arab, nasyid dan tamsiliah. Piala pusingan telah menjadi milik rumah Merah Kerana berjaya mempertahankan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut. Rumah Merah berjaya merangkul sebanyak 5 Emas,10 perak dan 6 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 21.Tempat kedua disandang oleh rumah Biru dengan memperoleh 4 emas, 6 perak dan 7 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 17.Tempat ketiga jatuh kepada rumah Hijau dan diikuti dengan rumah Kuning. Rumah Merah berjaya merangkul 3 piala pusingan bagi 3 acara iaitu syarahan bahasa Melayu putera dan puteri, tilawah al-Quran putera dan puteri serta berzanji putera dan puteri. Kesemua piala pusingan disampaikan oleh Tuan Pengetua Sek. Men. Agama Parit Raja, Ustaz Haji Mohd Khudzairi Bin Abdul Jabar diiringi oleh Ustaz Aminuddin Bin Mastor selaku guru penyelaras ihtifal ilmiah 2007.

No comments: