Monday, February 12, 2007


Ihtifal Sukan Sekolah

SMAPR, 5 FEB- Ihtifal sukan peringkat sekolah telah dijalankan selama 6 hari semenjak hari Isnin lalu. Sebanyak 4 pasukan telah menghantar wakil masing-masing dalam acara bola sepak, bola tampar, bola jaring, bola baling, sepak takraw, lontar peluru, pingpong, badminton, rentas desa, dan tarik tali. Dalam ihtifal sukan kali ini, Rumah Hijau sekali lagi menjadi johan selama 3 tahun berturut-turut. Rumah Hijau berjaya mengutip 7 emas, 9 perak dan 1 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 17. Tempat kedua disandang oleh Rumah Kuning dengan merangkul 6 emas, 6 perak dan 3 gangsa dengan pungutan mata sebanyak 15. Tempat ketiga jatuh kepada Rumah Merah dan diikuti oleh Rumah Biru. Rumah Hijau berjaya merangkul 5 piala pusingan bagi 5 acara iaitu bola sepak, bola tampar putera dan puteri, sepak takraw dan bola jaring. Bagi Rumah Kuning pula untuk acara badminton, rentas desa dan perbarisan lelaki. Rumah Merah mendapat piala pusingan untuk acara pingpong perseorangan dan beregu putera. Kesemua piala pusingan disampaikan oleh Tuan Pengetua Sek. Men. Agama Parit Raja, Ustaz Haji Mohd. Khudzairi Bin Abdul Jabbar diiringi GPK Koko Ustaz Khairul Anuar Bin Khair. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan di dewan Darul Hana`

No comments: