Tuesday, April 17, 2007

Ihtifal Ilmiah Negeri

Muar,13 April 2007-Ihtifal Ilmiah Peringkat Negeri telah diadakan di Sek.Men.Agama Shamsudiniah. Sek.Men.Agama Parit Raja telah menghantar peserta seramai 60 orang termasuk 12 orang guru pengiring. Kontijen Sek. Men. Agama Parit Raja mendapat tempat ketiga dari 17 buah sekolah-sekolah agama Johor yang bertanding. Kontijen Sek. Men .Agama Parit Raja telah menghantar wakil bagi setiap acara yang di pertandingan. Seramai 26 peserta berjaya mendapat tempat dalam acara yang diwakili. Dua acara yang dipertandingkan telah mendapat tempat pertama iaitu syarahan B.Melayu dan syarahan B.Inggeris. Tilawah Al-Quran Puteri, syarahan B.Inggeris Putera dan Nasyid Puteri mendapat tempat kedua.Tamsiliah dan bahas B.Inggeris telah mendapat tempat ketiga dan forum telah medapat tempat keempat. Acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif MAIJ Tuan Haji Zalil Bin Baron. Majlis berlansung selama 2 hari 1 malam.

No comments: