Monday, June 25, 2007






PERKHEMAHAN PERDANA NUR MAWADAH

Ayer Keroh, Melaka – 26-29 Mei 2007, Unit Kokurikulum Sek. Men. Agama Parit Raja telah mengadakan Perkhemahan Perdana Nur Mawadah 2007 bertempat di Taman Botani Ayer Keroh, Melaka. Perkhemahan ini dianjurkan bersama dengan Kelab Iqra’ Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Perkhemahan kali ini melibatkan seramai 121 orang pelajar dan 16 orang guru pengiring. Antara kelab beruniform yang terlibat ialah, PBSM, Kadet Bomba, Puteri Islam dan Kadet Polis. Objektif perkhemahan ini ialah supaya para pelajar akan memperoleh kepelbagaian ilmu, membantu menangani masalah disiplin pelajar, mempertingkatkan daya juang pelajar, memupuk semangat bertanggungjawab, serta membentuk pelajar berakhlak mulia, kreatif dan ikram. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini ialah, Pertandingan Kawat kaki, pertandingan memasak, meredah hutan, meredah sungai, solat khauf, ikatan dan simpulan, samak, lawatan ke zoo, taman buaya, malam kesenian Islam, acara burung pungguk, dan motivasi kepimpinan.

No comments: