Monday, November 12, 2007

Sambutan Hari Raya Perdana7 Nov. 2007, Sambutan Hari Raya Perdana SMAPR telah diadakan pada hari ini di Dewan Dar'ul Hana. Sambutan ini diraikan dengan meriah oleh seluruh warga SMAPR yang turut mengadakan gotong-royong dan rewang sehari sebelumnya. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah penyampaian sijil-sijil penyertaan dan penghargaan, cenderamata dan hamper kepada para pelajar yang terlibat. Pihak sekolah juga tidak lupa menyampaikan cenderamata kepada bakal haji dan hajah iaitu Ustaz Khairul Anuar b. Khair dan Cik Zakiah bt. Othman yang akan berangkat ke Tanah Suci pada musim haji kali ini. Sambutan ini turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh wakil pelajar. Selain itu, seluruh warga SMAPR mengambil kesempatan bermaaf-maafan bersempena bulan yang mulia ini. Seusai majlis diadakan jamuan dan lebih istimewa warga SMAPR dijamu dengan kambing golek sumbangan Syarikat Purnama Gemilang.

No comments: