Monday, November 19, 2007

Salam Perpisahan
16 Nov. 2007 – SMAPR. Majlis Perpisahan buat Pn. Norafidah bt. Abdul. Majid telah diadakan hari ini. Majlis ini diadakan atas tamatnya perkhidmatan Pn. Norafidah selaku guru ganti di sekolah ini. Beliau dilantik sementara oleh pihak sekolah bagi mengisi kekosongan jawatan guru Bahasa Inggeris dan Matematik yang ditinggalkan oleh Cik Yuzita sebelum ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Norafidah atas sumbangan bakti dan curahan ilmu yang diberikan selam ini dan kami doakan agar beliau akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Monday, November 12, 2007

Sambutan Hari Raya Perdana7 Nov. 2007, Sambutan Hari Raya Perdana SMAPR telah diadakan pada hari ini di Dewan Dar'ul Hana. Sambutan ini diraikan dengan meriah oleh seluruh warga SMAPR yang turut mengadakan gotong-royong dan rewang sehari sebelumnya. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah penyampaian sijil-sijil penyertaan dan penghargaan, cenderamata dan hamper kepada para pelajar yang terlibat. Pihak sekolah juga tidak lupa menyampaikan cenderamata kepada bakal haji dan hajah iaitu Ustaz Khairul Anuar b. Khair dan Cik Zakiah bt. Othman yang akan berangkat ke Tanah Suci pada musim haji kali ini. Sambutan ini turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh wakil pelajar. Selain itu, seluruh warga SMAPR mengambil kesempatan bermaaf-maafan bersempena bulan yang mulia ini. Seusai majlis diadakan jamuan dan lebih istimewa warga SMAPR dijamu dengan kambing golek sumbangan Syarikat Purnama Gemilang.