Friday, February 11, 2011

PERTANDINGAN PING PONG MSSD






Batu Pahat 9 feb-Smapr telah menyertai ping pong peringkat MSSD Batu Pahat.Seramai 4 orang pelajar yang terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan telah terlibat dalam pertandingan ini.Jemputan dari Pejabat Pelajaran  Daerah Batu Pahat ini merupakan satu penghormatan yang bermakna kepada warga SMAPR kerana pelajar khasnya dapat mengasah bakat mereka dalam sukan ping pong.Menurut pelajar yang menyertai pertandingan ini walaupun kalah namun mereka telah mendapat pendedahan khasnya dari peserta bangsa cina sekolah menengah biasa.Peserta lelaki SMAPR yang diwakili oleh adik Rafiuddin dan adik Syafiq telah menang di peringkat pertama dan tewas diperingkat kedua.Peserta puteri pula diwakili oleh Intan Fariha Alwani telah sampai ke peringkat suku akhir dan Norakilah Romli hanya sampai keperingkat kedua.Pertandingan berakhir pada pukul 1.30 petang.

3 comments:

cccccmmmaaa said...

bgos3

cccccmmmaaa said...

bgos3

ex-ping pong smapr said...

assalamualaikum
wah!!mabruk alaikum!!
naikkan nme smapr
naikkan nme Islam kt mate dunia
(^_^)