Tuesday, March 29, 2011

Selamat berjuang SMAPR!!!!!!


Selamat berjuang diucapkan kepada barisan muda SMAPR dalam kejohanan MSSD bawah 15. Walaupun terpaksa menurunkan 'skuad kedua', skuad muda ini telah berikrar untuk berjuang habis-habisan untuk mendapatkan tempat yang lebih baik. Ramai pemain tidak dapat serta kerana terlebih dahulu memberikan komitmen kepada Kawad Kadet Polis yang berlangsung pada hari yang sama.
          Persefahaman dan persembahan yang semakin baik menjelang hari kejohanan telah memberi keyakinan kepada pihak sekolah bahawa skuad kali ini akan hadir sebagai pencabar penting sepanjang kejohanan. Dipohon kepada seluruh warga dan peminat agar mendoakan pemergian mereka akan berkesudahan dengan kejayaan yang membanggakan. -GPK HEM

No comments: