Friday, September 09, 2011

BERITA SEDIH: ALLAHYARHAMAH PN NORZIAH BT ABD SAMAD

08/09. Khamis - Dimaklumkan bahawa Puan Norziah bt Abd Samad bekas kerani sekolah yang berkhidmat pada sesi 2008/2009 telah kembali ke hadrat Illahi kerana penyakit kanser rahim. Jenazah beliau telah selamat diuruskan semalam.
Hari ini sekolah telah menghantar wakilnya yang diketuai oleh Ust Abd Samat Hashim bersama-sama 6 kakitangan yang lain (Ust Zulkifli, Ust. Hamzah, En. Fakhrurazi, Ustzh Zahran, Puan Ina dan Puan Ani) untuk memberikan penghormatan seterusnya menyampaikan salam takziah daripada seluruh warga sekolah kepada keluarga beliau di Kulai, Johor.
Selain itu, pihak pengurusan asrama (putera & puteri) juga telah mengadakan majlis tahlil khusus untuk beliau semalam. Moga Allah tempatkan allahyarhamah dikalangan orang-orang beriman.

al-Fatihah ..............



Amin.............

1 comment:

minnnnnaaa said...

di harap keluarga arwah dan pihak sekolah redha dengan segala yang di tentukan oleh ALLAH....الله معنا