Monday, October 03, 2011

PEPERIKSAAN PMR 2011

03/10/2011; Esok semua pelajar Ting. 3 sekolah kita bakal menghadapi peperiksaan PMR 2011. Peperiksaan bermula 04hb Oktober dan berakhir pada 11hb Oktober. Pihak sekolah menyeru seluruh warga SMAPR khususnya guru-guru, kakitangan dan pelajar agar mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua calon PMR kali ini. Juga tidak lupa mohon abang-abang, kakak-kakak alumni SMAPR agar turut mendoakan kejayaan adik-adik di sini. Amin...

Resepi akhir kejayaan sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

  • Mohon restu dan ampun daripada ibubapa.
  • Mohon restu dan ampun daripada guru-guru dan warden.
  • Hentikan serta-merta tingkah laku dan percakapan yang mendatangkan perasaan mengguris hati ibubapa, guru, kakitangan sekolah dan warden selama-lamanya.
  • Elakkan melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan dan menyusahkan pihak lain.
  • Tingkatkan amal dan ibadah kepada Allah.
  • Setelah 3 tahun berusaha dan berdoa maka bertawakallah, Insya Allah kejayaan bakal menyusul bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.....


No comments: