Thursday, October 20, 2011

Majlis Penyampaian Anugerah PROMAS & SPBT 2011

PPAD Batu Pahat, Selasa, 18 Okt. 2011; Sek. Men. Agama Parit Raja telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori pengurusan asrama cemerlang (PROMAS), dua anegerah tempat pertama bagi kategori pengurusan BOSS/SPBT dan Kelab SPBT. Upacara penyampaian hadiah telah dilakukan dijalankan di PPAD Batu Pahat bermula jam 2.30ptg dan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Elias Bin Hasran. Ini merupakan kali ketiga sekolah menerima anugerah kecemerlangan tersebut seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2006 dan 2008.



Tuan pengetua amat gembira dengan kejayaan ini dan mengulas bahawa pencapaian ini merupakan simbolik kepada hasil usaha, kerjasama, hubungan ukhuwwah yang intim dan semangat yang berjaya semua warga sekolah dipelbagai peringkat. Tuan pengetua juga berharap agar pada tahun 2013 nanti, sekolah akan merai lebih banyak lagi pencapaian bagi kategori yang lain agar SMA Parit Raja dinobatkan sebagai institusi ilmu yang gemilang dan terbaik negeri Johor, Insya Allah.


Turut mengiringi pengetua ke majlis tersebut ialah Ust Abd Samat (GPK HEM), Ust Arifuddin (SPBT), Ust Hafiz (warden), En. Fakhrurrazi (penyelia), Ustzh Hanida (SPBT), Ustzh Norhayati (warden), Ustzh Fazarina (warden), Puan Ani (penyelia), dan En Jamal (Pemandu).



Masjid Bandar Batu Pahat
























  

No comments: