Wednesday, November 09, 2011

MAJLIS QURBAN AIDIL ADHA 1432H SIRI 1

08/11/2011 bersamaan 12 Zuhijjah 1432H (Selasa), Padang Bola Asrama Putera SMAPR;
Sempena Hari Raya Haji tahun ini, pihak sekolah dengan inisiatif AJK Kokurikulum yang dipimpin oleh Ust Khairul Anuar Khair telah melaksanakan ibadah  qurban dengan sembelihan seekor lembu dan seekor kambing biri-biri. Kerja-kerja sembelihan, melapah daging, agihan daging, memasak dan makan dilakukan secara berjemaah oleh semua guru-guru, kakitangan serta Ust Khairudin dan anak-anak. Aktiviti berjalan lancar bermula seawal pukul 7.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 3.00 ptg. Ust Khairul Anuar (GPK Koko) berharap agar tahun hadapan penyertaan ibadah qurban disertai lebih ramai lagi supaya agihan daging qurban dapat diperluaskan. Beliau turut mencadangkan satu skim ansuran qurban 1433h dapat dilaksanakan bagi membantu guru-guru atau kakitangan yang berhajat.








































No comments: