Tuesday, January 17, 2012

INFO HARI ISNIN 16/01/2012

16/01/2012 (ISNIN); Perhimpunan minggu ini dihadiri oleh tetamu khas iaitu Inspektor Annas Mahyuddin selaku Pegawai Perhubungan Polis Sekolah Menengah Agama Parit Raja. Ucapan beliau dimulakan dengan memperkenalkan diri dan ucapan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menerima kehadiran beliau.
Beberapa nasihat dan ingatan telah diberikan oleh beliau kepada para pelajar terutama berkaitan kepatuhan kepada peraturan sekolah dan jangan melanggar undang-undang negara seperti merempit, hisap dadah dan lain-lain lagi.









Kira-kira jam 10.00 pagi satu mesyuarat GPK-GPK Koko Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor telah diadakan di sekolah kita. Antara isi mesyuarat tersebut adalah taklimat berkaitan hal ehwal pengurusan ko-kurikulum sekolah dan taklimat tuan rumah ihtifal riyadhi/ilmi tahun ini. Ihtifal riyadhi peringkat negeri akan diadakan di SMAKJ dan Ihtifal Ilmi pula di SMA al-Khairiah Segamat. Moga-moga SMAPR bakal merangkul kejuaraan tahun ini. Amin. SMAPR Cemerlang!




















No comments: