Monday, January 02, 2012

MESYUARAT GURU & KAKITANGAN KALI PERTAMA TAHUN 2012

02/01/2012 Bilik Mesyuarat Sekolah: Pihak pentadbiran, guru-guru dan kakitangan hari ini berkumpul menghadiri mesyuarat kali pertama bagi tahun baru ini. Banyak perkara yang dibincangkan, diperhalusi, dicadangkan, diluluskan dan dirancangkan bagi memenuhi aktiviti, tanggungjawab dan keperluan sesi baru persekolahan.
Tuan Pengetua telah menekan satu agenda utama jangka iaitu panjang iaitu merealisasikan visi Sekolah Menengah Agama Parit Raja Cemerlang 2016. Beliau juga turut mengingatkan beberapa perkara yang memerlukan satu anjakan paradigma daripada seluruh warga sekolah bagi menjayakan misi tersebut.
Selain itu beberapa maklumat berkaitan sekolah telah dilaporkan oleh GPK 1, GPK HEM dan GPK Koko sebagai panduan seluruh guru dan kakitangan. Ada perubahan organisasi, ada misi baru dan baharu yang mesti dilaksanakan bagi sesi persekolahan kali ini. Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1/2012 turut dibincangkan.
Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 ptg.












No comments: