Wednesday, July 18, 2012

HARI INTERAKSI AKADEMIK TINGKATAN 5

17/07/2012 (Selasa); Semua guru matapelajaran tingkatan 5 telah mengadakan satu sesi bual bicara secara semuka bersama pelajar dan ibubapa berkenaan prestasi pelajar SPM tahun ini. Subjek yang terlibat dalam program ini ialah Bahasa Melayu, English, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Quran dan Sunnah, Sejarah dan Bahasa Arab Tinggi. Majlis ini juga dikenali sebagai Hari Interaksi Akademik Tingkatan 5. Pelbagai respon, cadangan, pandangan dan nasihat yang diperolehi daripada ketiga-tiga pihak (guru-pelajar-ibubapa) demi peningkatan dan kecemerlangan calon SPM 2012. Moga program seperti ini diteruskan pada tahun-tahun mendatang.


Bahagian pendaftaran & 
pungutan fail keputusan peperiksaan setengah tahun

Tuan Hj Khairul Anuar (PSI)

Tuan Hj Muhammad (PQS)

Ust Abd Samat (Sejarah)

Ustazah Hidayat (Math & Add Math)

Kelihatan tuan pengetua sedang beramah mesra 
bersama ibubapa pelajar


Ingat pesan ayah......

Alamak, teruknya... (Sarah Yunos)

Emmmm... kena berubah ni... Result belum cukup cemerlang... (Fauzan)

Budak ni makcik, kuat tidur....... Zzzzzzzzz.... (Mizan)

Kelihatan ibubapa setia & sabar menunggu giliran.

Apa yang menarik tu, begitu asyik tuan pengetua merenung.

Afifuddin bersama bapanya (En. Taha)

Ingat pesan ayah. Sekarang sedih tidak apa.
Masih ada peluang & kesempatan untuk berubah.



No comments: