Friday, September 09, 2011

Majlis Penghargaan & Perpisahan Puan Fauziah Bakri

09/09 Jumaat - Hari pihak pentadbiran sekolah telah mengadakan majlis khusus untuk Puan Fauziah Bakri kerana perkhidmatan beliau sebagai kerani sementara sekolah akan berakhir pada hari ini. Majlis dipengerusikan oleh Ust Hanafi Abd Hamid (selaku Pengerusi KEBIRU), Ucaptama & terima kasih oleh Yang Berbahagia Tuan Pengetua Tuan Haji Torijan Sikir, dan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Khairul Anuar Khair.


 Kata-kata aluan pengerusi

 
Puan Fauziah Binti Bakri







Sedikit cenderahati kenang-kenangan 
yang disampaikan oleh tuan pengetua 

"Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan perkhidmatan yang diberikan oleh Puan Fauziah. Seluruh kerja-kerja dan tugasan yang diamanah telah dilaksanakan dengan sempurna dan tidak bertangguh", ujar Tuan Pengetua.


"Walaupun kita dipisahkan kerana tugasan, namun hubungan persaudaraan sesama Islam hendaklah diteruskan secara berterusan hingga ke akhirnya", tambah beliau lagi.


Pihak sekolah telah menghulurkan sedikit cenderahati sebagai kenangan untuk Puan Fauziah.


Majlis berakhir dengan sedikit jamuan keraian.  



Semoga Allah membalas amal jariyah puan dengan balasan yang lebih baik.
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا وَهُمْ مِنْ فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ
Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik dari padanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram dari pada kejutan yang dahsyat pada hari itu.
(Al Qur’an, An Naml: 89)


1 comment:

minnnnnaaa said...

walaupun sekejap.... jasamu tetap di kenang SMAPR...=)