Friday, March 14, 2008

Keputusan SPM Diumumkan Hari ini

SMAPR, 12 Mac 2007: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)diumumkan serentak pada hari ini di seluruh negara. Bagi 58 calon SPM 2007 sekolah ini, keputusan mula di umumkan selepas jam 12.00 tengah hari. Sekolah ini mencatat peratus kelulusan sebanyak 81.03 peratus. 8 mata pelajaran mencatat keputusan 100 peratus iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Perdagangan, Ekonomi Asas, Bahasa Arab Tinggi, Tassawwur Islam dan Pendidikan al-Quran dan as Sunnah. Manakala bagi mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris peratus kelulusan ialah 93.10%, Sejarah 94.83%, Matematik Tambahan 97.06%, Prinsip Akaun 87.93% dan Pendidikan Syariah Islamiah 96.55 %. Pelajar terbaik sekolah ini ialah Muhammad Ariff b. Mohd. Johar yang memperoleh 8A, 3B dan 1 C. Selain itu turut cemerlang ialah Muhammad Rasul b. Jemain memperoleh 8A, 1B, dan 2C, Mohamad Sulaiman b. Misran@Masron memperoleh 6A, 4B dan 1C, serta Norhijrah bt. Ayub memperoleh 6A, 3B dan 2C. Warga SMAPR mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan berharap semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelajar lain agar lebih cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan awam tahun 2008.

No comments: