Friday, March 14, 2008

SMAPR Menjadi Pusat Pengundian


SMAPR, 8 Mac 2008: Dewan Darul Hana hari ini menjadi pusat pengundian untuk Pilihan raya Umum ke 12 kepada lebih seribu pengundi bagi Parlimen 149 Seri Gading dan N22 Parit Raja. Turut terlibat menjayakan pilihan raya kali ini ialah, guru dan kakitangan sekolah ini yang bertindak sebagai ketua tempat mengundi, kerani pengundian, kerani penyemak daftar undi, dan sebagainya. Tiga saluran diwujudkan bagi memudahkan pengundi-pengundi membuang undi. Aktiviti pengundian bermula tepat jam 8.00pagi dan berakhir tepat jam 5.00 petang. SMAPR pada ketika ini dikelilingi poster-poster parti-parti yang bertanding bagi memancing undi.

No comments: