Monday, May 05, 2008

Majlis Maulid 1429H disambut Meriah



SMAPR, Sabtu 26 April- Sekolah telah mengadakan sambutan maulidur rasul 1429H bagi menyambut kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.w.t, sambutan tersebut telah diadakan di Dewan Darul Hana'. Antara aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah rewang, pertandingan perarakan mengikut tingkatan, kuiz, persembahan nasyid, marhaban dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bagi acara perbarisan dan perarakan, pelajar tingkatan 5 telah merangkul kemenangan bagi kedua-dua kategori iaitu putera dan puteri. Selain itu, sekolah telah mengundang penceramah luar Tuan Hj. Mohd. Arif b. Abd. Kadir, Pengetua Sekolah Menengah Agama Khairiah, Mersing bagi menyampaikan ceramah berkenaan dengan sambutan tersebut. Pada akhir majlis, para tetamu dan pelajar telah dijamu dengan beriani kambing. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menyumbang untuk majlis ini, antaranya beras dan kambing.

No comments: