Tuesday, June 17, 2008

Perkhemahan Perdana Al-Rayyan Memberi Pengalaman Baharu


Mersing: Program Perkhemahan Perdana Al-Rayyan, anjuran Unit Kokurikulum dan Kelab Iqra’ UTHM yang berlangsung pada 23-26 Mei di Sari Mawar Resort ternyata memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar SMAPR. Perkhemahan 4 hari 3 malam melibatkan pelbagai aktiviti antaranya, praktikal solat kusuf, qiamullail, kursus haji (kerjasama Tabung Haji Mersing), motivasi, berkayak, meredah hutan pada waktu malam, ‘sea tracking’ dan khidmat masyarakat. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ternyata dapat mendedahkan pelajar kepada sikap bekerjasama, toleransi dan semangat cintakan Islam sebagai ad-din. Unit Koko juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan untuk program ini iaitu Pihak Sekolah, PIBG SMAPR, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Kedai Buku Freedom (Susur Ilham Sdn. Bhd.), Kontraktor Dewan Makan (Purnama Gemilang Sdn. Bhd.) guru-guru dan semua pihak yang telah membantu mejayakan perkhemahan perdana ini.

No comments: