Wednesday, January 28, 2009

PENDAFTARAN PELAJAR BARU




07 Januari 2009 - SMAPR, Sesi persekolahan telah bermula pada tanggal 05 januari 2009. Penolong kanan 1 dan barisan guru telah menyusun pelbagai aktiviti untuk dipersembahkan di tahun 2009 ini,bagi mengorak langkahnya yang pertama pendaftaran pelajar baru telah diadakan pada tanggal 07 januari 2009. Sejajar dengan tujuan itu satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengurus program tersebut. Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh yang berbahagia Ustaz Safri bin Hussin dari Jabatan Pendidikan Agama Jabatan Agama Johor selaku wakil rasmi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Yang berbahagia Ustaz Nasir Bin Amir. Program sambutan pelajar baru berakhir pada jam 12.30 tengahari.

No comments: