Monday, March 05, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012

02/03/2012 Jumaat ; Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H/2012 berjalan dengan meriah dan lancar. Acara sambutan maulid dimulakan dengan pertandingan perarakan mengikut tingkatan (putera & puteri berasingan) pada jam 8.30 pagi. laungan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW bergema memecah kesunyian persekitaran sekolah.
Majlis berehat sebentar pada jam 9.00 pagi dan bersambung semula pada jam 10.30 pagi dengan acara pertandingan qasidah mengikut tingkatan (putera) dan pertandingan bercerita sempena maulid SAW (puteri). Pertandingan tamat pada jam 12.30 tgh hari.
Semua pelajar berkumpul semula untuk acara seterusnya pada pukul 5.30 ptg iaitu acara penyampaian hadiah pertandingan oleh berbahagia tuan pengetua dan jamuan jamaie.
Jam 7.30 mlm, semua guru dan para pelajar menunaikan solat maghrib, solat hajat dan solat isyak berjemaah. Majlis diteruskan dengan persembahan qasidah & marhaban oleh juara kumpulan qasidah putera yang dipimpin oleh Saudara Helmi dan rakan-rakan tingkatan 5. Kira-kira jam 10.00 malam, majlis diserikan dengan ceramah  maulid yang disampaikan oleh penceramah jemputan Tuan Haji Taufik Bin Hj Othman (Guru Besar Sekolah Agama Tmn Perling) dan turut dihadiri jemputan wakil penduduk kampung Parit Raja dan wakil qariyah surau Jln Sekolah Arab. Majlis berakhir kira-kira jam 11.15 malam.





































Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara
Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

`Rasulullah adalah seorang yang nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.

Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


No comments: