Monday, March 05, 2012

TAFFAQUH FIDDEEN KALI PERTAMA TAHUN 2012

03/03/2012 Sabtu; Segala pujian hanya bagi Allah. Untuk pertama kalinya tahun ini, warga asrama berasa bertuah kerana diberi kesempatan oleh Allah taala menikmati kesegaran ilmu & iman melalui majlis taffaquh fiddeen (Insya Allah) yang bakal menjadi program tradisi mingguan asrama untuk tahun-tahun mendatang.
Ucapan terima kasih buat Ust Hanafi Abd Hamid kerana sudi menjadi salah seorang jemputan majlis tersebut yang bermula seawal jam 6.30 pagi selepas solat Subuh berjemaah. Kami seluruh warga asrama putera/puteri/warden berdoa agar program seperti ini menjadi titik tolak ke arah kecemerlangan jasadi dan rohani setiap insan di sini. Amin. Tahniah!






Al-Quran telah menggariskan tujuh sifat yang perlu ada pada setiap orang 
yang beriman untuk mendapatkan kejayaan dan ia tertera di dalam 
surah al-Mukminunayat 1 hingga 10.

7 Sifat itu ialah 
    1. khusyuk (fokus) dalam solat,
    2. meninggalkan cakap kosong,
    3. menunaikan zakat,
    4. menjaga kehormatan,
    5. memelihara amanah,
    6. menepati janji dan
    7. memelihara solat dalam kehidupan.

    No comments: