Friday, April 27, 2012

PERHIMPUNAN ISNIN BERSEJARAH 23 APRIL 2012

23/04/2012 Isnin; Perhimpunan rasmi mingguan kali ini cukup bersejarah kerana pertama kalinya satu sesi perlupusan dan pembakaran barang rampasan anjuran Badan Disiplin Sekolah dilakukan oleh tuan pengetua.
Barang rampasan yang dilupuskan termasuklah komik, rokok, majalah hiburan, pakaian larangan, dan lain-lain lagi termasuk telefon bimbit @ hanset yang dirampas/tidak dipulangkan. Moga-moga acara ini dapat menyedarkan para pelajar akan risiko yang perlu mereka tanggung sendiri apabila membawa barangan larangan ke sekolah @ asrama.
Insya Allah, jika kita semua berdisiplin dan berakhlak mulia; visi SMAPR Cemerlang 2016, pasti berlaku.












3 comments:

Anonymous said...

InsyaALLAH .. semoga berjaya semua.. amin.

adarain said...

Semoga misi dan visi sekolah cemerlang 2016 jadi kenyataan..
AMIN~

Anonymous said...

Saya sangat kagum dengan usaha kesedaran pelajar ini yang jarang diadakan disekolah lain. Tahniah smapr. Dari bapa pelajar