Friday, May 18, 2012

08 MEI 2012 | SELASA | D' IMPIAN INN ; Tahniah kepada seluruh anggota kadet polis sekolah kerana berjaya merangkul kejuaraan (putera) dan naib juara (puteri) dalam pertandingan kawad kaki peringkat Daerah Batu Pahat yang lepas. Maka sebagai tanda kesyukuran pihak sekolah dengan inisiatif guru pembimbing, Puan Hanida, Ust Amin, Ustzh Laila dan Tuan Hj Anuar, peserta telah diraikan dengan jamuan enak di Restoran D'Impian Inn, Parit Raja. Antara jemputan khas yang turut hadir dalam majlis jamuan ini ialah Tn Hj. Torijan Sikir (Pengetua), Tuan Inspektor Anas Mahyuddin dan Sarjan Ramlan.
Tuan Insp. Anas menggambarkan dalam ucapannya bahawa beliau berasa gembira dan bertuah kerana menjadi  sebahagian identiti sekolah ini malah digelar 'sheikh' oleh rakan setugas beliau kerana sekolah jagaan beliau ini (SAMPR) tidak bermasalah dan memiliki rekod disiplin yang terbaik lebih-lebih lagi apabila turut mengharumkan nama beliau dengan pencapaian pertandingan ini.
Moga-moga dengan majlis keraian seperti ini akan menambahkan lagi semangat anggota kadet polis sekolah untuk menggapai kecemerlangan di peringkat negeri pula, Insya Allah.
















No comments: