Friday, May 18, 2012

TAKLIMAT & LATIHAN KEBAKARAN SMAPR 2012

09 MEI 2012 | RABU | DARUL HANA' + GELANGGANG ASPURI ; Seluruh warga SMAPR berasa bertuah kerana telah dikunjungi oleh sepasukan anggota Bomba & Penyelamat Batu Pahat. Satu taklimat berkaitan keselamatan dan kebakaran telah disampaikan oleh Encik Misro (wakil agensi Bomba Batu Pahat) di Dewan Darul Hana'. Kami turut diberikan tunjuk ajar atau demonstrasi mengendalikan alat pemadam api dan cara betul memadam api serta larangan menyimbah air ke atas api kerana ia bakal memarakkan api tersebut.
2 orang pelajar dan 2 orang guru bertuah telah terpilih melakukan demonstrasi memadam kebakaran iaitu Syamil F4 (wakil putera), Hajar F5 (wakil puteri), Ustzh Hanidah (wakil guru wanita) dan Tn Hj Anuar (wakil guru lelaki). Mereka berempat telah beraksi secara berani dan menunjukkan cara yang betul mengendalikan api yang marak membakar....

Program ini bermula jam 3.30 petang dan berakhir kira-kira jam 5.00 ptg. Kami warga SMAPR juga diberi peluang menyaksikan secara dekat beberapa peralatan bomba seperti alat penafasan, alat pemadam dan juga isi kelengkapan yang berada dalam truk bomba. Terima kasih kepada seluruh anggota bomba yang hadir kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami semua... Hanya Allah SWT layak membalasinya...

 Post Istimewa Guru Penasihat Bomba Sekolah.

Encik Masro khusyuk memberi penerangan kepada guru & pelajar.


Soalan. Sudah berapa lama awak kenal api? Tanya En Masro..
Sejak saya kenal dapur tuan. Jawab Hajar. 




 Ganas seh......... Mujahidah....

 Api yang tak bermaya menunggu disembur sebagai mangsa...

 Syamil 4 Muslim



 Ustazah Hanidah, semburan pantas.

 Cis.... Time aku. Apinya kecik pula, getus Ust Anuar.
 Padam aje la......



Inilah gaya kerek guru kadet polis yang sibuk sangat nak memadam api.... 







No comments: